16 December 2006

Bersama Cikgu Dolah ke Tasik Chenderoh

(In Malay Language)








Diari Cikgu Dolah (16 Sept 2006) :
Sudah lama teringin nak memancing kat tasek ni. Tasek Chenderoh antara beberapa rangkaian tasek sepanjang sungai perak merupakan tasek yang paling bawah sekali sebelum bertemu dengan sungai perak. Mula mengetahui tentang tasek ini sekitar 90an apabila artikel ini keluar dalam majalah pancing dan rod and line. Gambaran tentang tasek ini seperti yang dipaparkan dalam majalah sentiasa terbayang-bayang.

Dan memang benarlah seperti apa yang digambarkan setelah pergi sendiri pada 17 Disember baru-baru ini. Apa yang digambarkan tentang panoramanya dan frenzy sebarau ditengah tasek berlaku didepan mata. Masa itu Cikgu Zaki adalah pengusaha chalet dan boatman paling terkenal di tasek chenderoh. Kini terdapat beberapa pengusaha baru antaranya Yusof yang berkongsi dengan rakannya mengusahakan Chalet Sinaran Bayu. Tempat inilah menjadi destinasi baru saya bersama anak saya Yop dan rakannya Taufek.

Pada pandangan saya memancing di tasek ini lain dari pengalaman memancing di Temenggor mahu pun di Air Ganda. Menariknya kita dibekalkan bot untuk dipandu sendiri. Spot memancingnya mudah dan dekat. Banyak tanda-tanda disekitar tasek yang menjadi pedoman supaya tidak sesat. "Memancing di tengah tasek"...ini yang pelik sedikit. Dimerata tempat tengah tasek terdapat kelompok anak ikan seluang(mini) berenang. Tunggu di situ dan nantikanlah letupan berpuluh ekor sebarau saiz 600-800 gram menerkam anak-anak seluang. Kena cepat dan pantas lontar spoon( paling praktikal, lain tak layan) keatas sebarau frenzy tadi. Sebabnya frenzy tadi tak akan lama, sepantas itu ia akan hilang, tunggu lagi dan dia akan timbul lagi menerkam anak seluang disekitar kawasan tadi. Ini berlarutan berjam-jam. Kena cepat dan selalu kejar dengan bot kearah frenzy tadi. Main acilut pulak. Sayangnya tak dapat nak ambil gambar...sapa pun tak mau ambik!!

Kawasan lain banyak jugak toman, haruan, bujuk dan paling mengejutkan Taufek dapat seekor Kerandang atau Toman Bunga menggunakan Abu Spinner. Pada mulanya agak bimbang juga nak ketempat yang jauh dari chalet tapi selepas diberi panduan dan arah tuju dari yusof jadi seronok pulak bawa bot.

1 comment:

  1. Anonymous7:16 PM

    minta link cikgu dollah punya page, facebook ke, flikr dll. lama tak ctc sejak mfn tutup.

    ReplyDelete